Tajuk

Thursday, April 14, 2011

Prosa Tradisional

Prosa ialah sebarang bentuk tulisan atau karangan atau pengucapan yang tidak mempunyai corak atau irama yang tertentu. Prosa dapat dibahagikan kepada prosa tradisional dan prosa moden. Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa tradisional termasuklah pelbagai cerita yang tergolong dalam cerita rakyat, misalnya cerita penglipur lara, cerita jenaka dan cerita asal usul dan epik.Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa moden pula termasuk cerpen, novel dan skrip drama.

Prosa Tradisional


1. Cerita Penglipur Lara

            Cerita penglipur lara merupakan suatu bentuk cerita rakyat yang asalnya disampaikan secara lisan oleh tukang cerita ang disebut sebagai penglipur lara. Sesuatu cerita penglipur lara biasanya mengambil masa yang agak panjang untuk diceritakan.Kebanyakan cerita berkisar istana, tentang kisah anak-anak raja yang mempunyai pelbagai keistemewaan dan kesaktian. Pada umumnya, anak-anak raja itu mempunyai pembantu yang cukup setia yang berperanan sebagai penyelamat. Cerita penglipur lara lazimnya bermuat pelbagai jenis puisi lama misalnya bahasa berirama, gurindam dan syair yang menarik sesuai dengan jalan ceritanya.

           Puisi Tradisional
           - Gurindam
           - Syair
           - Pantun

2. Cerita Jenaka

            Cerita Jenaka merupakan sejenis cerita rakyat yang bahan ceritanya diambil daripada kehidupan masyarakat biasa dan boleh terdiri daripada beberapa episod yang lengkap. Cerita jenaka bermuat kisah-kisah kejadian lucu yang ditimbulkan oleh pelakuan-pelakuan watak yang bodoh lagi lurus dan kadangkala cerdik

            - Pak Pandir
            - Lebai Malang
            -Pak Kaduk
            - Pak Belalang

3. Cerita Asal Usul

            Cerita asal usul merupakan sejenis cerita rakyat yang tertua. Cerita ini lazimnya sederhana panjangnya ianya bertemakan asal usul sesuatu benda, tempat, kejadian dan sebagainya yang biasanya berkait rapat dengan kehidupan manusia. Watak-wataknya pula terdiri daripada manusia haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

4. Epik

            Epik merupakan prosa atau puisi panjang dalam bentuk naratif yang mengisahkan kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam sejarah atau tokoh negara yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau negara. Antara perkara penting dalam sebuah epik ialah :

v     Wira adalah tokoh yang penting dan mengagumkan, termasyhur dari segi sejarah dan tokoh legenda.
v     Tokoh yang diceritakan memiliki sifat-sifat luar biasa, berani dan gagah perkasa.
v     Kuasa-kuasa luar biasa seperti alat kesaktianturut mengambil bahagian dalam cerita untuk membantu tokoh dari semasa ke semasa.
v     Latar ceritanya meliputi negara-negara besar di dunia atau alam semesta.

                                                                                                                                ===>kembali 

No comments:

Post a Comment