Tajuk

Thursday, April 14, 2011

Syair

Syair Kelebihan Ilmu

Oleh : Za'ba,1994

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.

Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Bagi yg duka ia penghibur,
Ia penerang bg yg kabur,
Lamun dgnnya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yg dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yg luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman org yg bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana..

Gurindam Dua Belas

INILAH GURINDAM DUABELAS NAMANYA

Segala puji bagi Tuhan seru sekalian alam serta shalawatnya Nabi yang
akhirul jaman serta keluarganya dan sahabatnya sekalian adanya.
Amma ba’du daripada itu maka tatkala sampailah Hijratun Nabi 1263 Sanah
kepada dua puluh tiga hari bulan Rajab hari Selasa mana (…..) telah
ta’ali kepada kita yaitu Raja Ali Haji mengarang satu gurindam cara Melayu
yaitu yang boleh juga jadi diambil faedah sedikit-sedikit daripada
perkataannya itu pada orang yang ada menaruh akal maka adalah banyaknya
gurindam itu hanya duabelas pasal di dalamnya.
Syahdan
Adalah beda antara gurindam dengan syair itu aku nyatakan pula bermula
arti syair Melayu itu perkataan yang bersajak yang serupa dua berpasang
pada akhirnya dan tiada berkehendak pada sempurna perkataan pada satu-satu
pasangnya bersalahan dengan gurindam.
Adapun arti gurindam itu yaitu perkataan yang bersajak juga pada akhir
pasangannya tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya sahaja
jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu
jadi seperti jawab.
Bermula inilah rupanya syair.
Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang di dalam gundah gulana
Barangkali gurindam kurang kena
Tuan betulkan dengan sempurna
Inilah arti gurindam yang di bawah syatar ini
Persamaan yang indah-indah
Yaitu ilmu yang memberi faedah
Aku hendak bertutur
Akan gurindam yang beratur

1
INI GURINDAAM PASAL YANG PERTAMA
Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat

2
INI GURINDAM PASAL YANG KEDUA
Barang siapa mengenal yang tersebut
Tahulah ia makna takut
Barang siapa meninggalkan sembahyang
Seperti rumah tiada bertiang
Barang siapa meninggalkan puasa
Tidaklah mendapat dua termasa
Barang siapa meninggalkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat
Barang siapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji

3
INI GURINDAM PASAL YANG KETIGA
Apabila terpelihara mata
Sedikitlah cita-cita
Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tiadalah damping
Apabila terpelihara lidah
Niscaya dapat daripadanya faedah
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
Daripada segala berat dan ringan
Apabila perut terlalu penuh
Keluarlah fi’il yang tidak senonoh
Anggota tengah hendaklah ingat
Di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki
Daripada berjalan yang membawa rugi

4
INI GURINDAM PASAL YANG KEEMPAT
Hati itu kerajaan di dalam tubuh
Jikalau zalim segala anggota tubuh pun rubuh
Apabila dengki sudah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah
Mengumpat dam memuji hendaklah pikir
Di situlah banyak orang yang tergelincir
Pekerjaan marah jangan dibela
Nanti hilang akal di kepala
Jika sedikitpun berbuat bohong
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
Tanda orang yang amat celaka
Aib dirinya tiada ia sangka
Bakhil jangan diberi singgah
Itulah perompak yang amat gagah
Barang siapa yang sudah besar
Janganlah kelakuannya membuat kasar
Barang siapa perkataan kotor
Mulutnya itu umpama ketor
Di manakah salah diri
Jika tidak orang lain yang berperi
Pekerjaan takbur jangan direpih
Sebelum mati didapat juga sepih

5
INI GURINDAM PASAL YANG KELIMA
Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia-sia
Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia
Jika hendak mengenal orang yang berilmu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu
Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai

6
INI GURINDAM PASAL YANG KEENAM
Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan obat
Cahari olehmu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru
Cahari olehmu akan isteri
Yang boleh menyerahkan diri
Cahari olehmu akan kawan
Pilih segala orang yang setiawan
Cahari olehmu akan abdi
Yang ada baik sedikit budi

7
INI GURINDAM PASAL YANG KETUJUH
Apabila banyak berkata-kata
Di situlah jalan masuk dusta
Apabila banyak berlebih-lebihan suka
Itu tanda hampirkan duka
Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat
Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih
Apabila banyak mencat (mencacat?) orang
Itulah tanda dirinya kurang
Apabila orang yang banyak tidur
Sia-sia sajalah umur
Apabila mendengar akan kabar
Menerimanya itu hendaklah sabar
Apabila mendengar akan aduan
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan
Apabila perkataan yang lemah lembut
Lekaslah segala orang mengikut
Apabila perkataan yang amat kasar
Lekaslah orang sekalian gusar
Apabila pekerjaan yang amat benar
Tidak boleh orang berbuat onar

8
INI GURINDAM PASAL YANG KEDELAPAN
Barang siapa khianat akan dirinya
Apalagi kepada lainnya
Kepada dirinya ia aniaya
Orang itu jangan engkau percaya
Lidah suka membenarkan dirinya
Daripada yang lain dapat kesalahannya
Daripada memuji diri hendaklah sabar
Biar daripada orang datangnya kabar
Orang yang suka menampakkan jasa
Setengah daripadanya syirik mengaku kuasa
Kejahatan diri disembunyikan
Kebajikan diri diamkan
Ke’aiban orang jangan dibuka
Ke’aiban diri hendaklah sangka

9
INI GURINDAM PASAL YANG KESEMBILAN
Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan
Bukannya manusia yaitulah syaitan
Kejahatan seorang perempuan tua
Itulah iblis punya penggawa
Kepada segala hamba-hamba raja
Di situlah syaitan tempatnya manja
Kebanyakan orang yang muda-muda
Di situlah syaitan tempat bergoda
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan
Di situlah syaitan punya jamuan
Adapun orang tua(h) yang hemat
Syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru
Dengan syaitan jadi berseteru

10
INI GURINDAM PASAL YANG KESEPULUH
Dengan bapa jangan derhaka
Supaya Allah tidak murka
Dengan ibu hendaklah hormat
Supaya badan dapat selamat
Dengan anak janganlah lalai
Supaya boleh naik ke tengah balai
Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangannya jadi kapil

11
INI GURINDAM PASAL YANG KESEBELAS
Hendaklah berjasa
Kepada yang sebangsa
Hendak jadi kepala
Buang perangai yang cela
Hendaklah memegang amanat
Buanglah khianat
Hendak marah
Dahulukan hujjah
Hendak dimalui
Jangan memalui
Hendak ramai
Murahkan perangai

12
INI GURINDAM PASAL YANG KEDUABELAS
Raja mufakat dengan menteri
Seperti kebun berpagarkan duri
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja
Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat
Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu
Hormat akan orang yang pandai
Tanda mengenal kasa dan cindai
Ingatkan dirinya mati
Itulah asal berbuat bakti
Akhirat itu terlalu nyata
Kepada hati yang tidak buta
Tamatlah gurindam yang duabelas pasal yaitu karangan kita
Raja Ali Haji pada tahun Hijrah Nabi kita seribu
dua ratus enam puluh tiga kepada tiga likur
hari bulan Rajab Selasa jam pukul lima
Negeri Riau Pulau Penyengat

Karya : Raja Ali Haji

                                                           ===> kembali

Prosa Tradisional

Prosa ialah sebarang bentuk tulisan atau karangan atau pengucapan yang tidak mempunyai corak atau irama yang tertentu. Prosa dapat dibahagikan kepada prosa tradisional dan prosa moden. Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa tradisional termasuklah pelbagai cerita yang tergolong dalam cerita rakyat, misalnya cerita penglipur lara, cerita jenaka dan cerita asal usul dan epik.Antara tulisan yang tergolong sebagai prosa moden pula termasuk cerpen, novel dan skrip drama.

Prosa Tradisional


1. Cerita Penglipur Lara

            Cerita penglipur lara merupakan suatu bentuk cerita rakyat yang asalnya disampaikan secara lisan oleh tukang cerita ang disebut sebagai penglipur lara. Sesuatu cerita penglipur lara biasanya mengambil masa yang agak panjang untuk diceritakan.Kebanyakan cerita berkisar istana, tentang kisah anak-anak raja yang mempunyai pelbagai keistemewaan dan kesaktian. Pada umumnya, anak-anak raja itu mempunyai pembantu yang cukup setia yang berperanan sebagai penyelamat. Cerita penglipur lara lazimnya bermuat pelbagai jenis puisi lama misalnya bahasa berirama, gurindam dan syair yang menarik sesuai dengan jalan ceritanya.

           Puisi Tradisional
           - Gurindam
           - Syair
           - Pantun

2. Cerita Jenaka

            Cerita Jenaka merupakan sejenis cerita rakyat yang bahan ceritanya diambil daripada kehidupan masyarakat biasa dan boleh terdiri daripada beberapa episod yang lengkap. Cerita jenaka bermuat kisah-kisah kejadian lucu yang ditimbulkan oleh pelakuan-pelakuan watak yang bodoh lagi lurus dan kadangkala cerdik

            - Pak Pandir
            - Lebai Malang
            -Pak Kaduk
            - Pak Belalang

3. Cerita Asal Usul

            Cerita asal usul merupakan sejenis cerita rakyat yang tertua. Cerita ini lazimnya sederhana panjangnya ianya bertemakan asal usul sesuatu benda, tempat, kejadian dan sebagainya yang biasanya berkait rapat dengan kehidupan manusia. Watak-wataknya pula terdiri daripada manusia haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

4. Epik

            Epik merupakan prosa atau puisi panjang dalam bentuk naratif yang mengisahkan kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam sejarah atau tokoh negara yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau negara. Antara perkara penting dalam sebuah epik ialah :

v     Wira adalah tokoh yang penting dan mengagumkan, termasyhur dari segi sejarah dan tokoh legenda.
v     Tokoh yang diceritakan memiliki sifat-sifat luar biasa, berani dan gagah perkasa.
v     Kuasa-kuasa luar biasa seperti alat kesaktianturut mengambil bahagian dalam cerita untuk membantu tokoh dari semasa ke semasa.
v     Latar ceritanya meliputi negara-negara besar di dunia atau alam semesta.

                                                                                                                                ===>kembali 

Pengenalan Kesusasteraan



APA ITU KESUSASTERAAN?

Persoalan ini bukanlah satu perkara mudah untuk dibicarakan tanpa bersandarkan kepada mana-mana tulisan sarjana. Ramai sarjana telah memberikan pendapat yang tidak kurang pentingnya kepada pengkaji dan pelajar kesusasteraan. Jika kita berpegang kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Ahmad "satu perkara asas bagi ilmu kesusasteraan" tentulah apapun yang ingin dikaji, dinilai dan dianalisis dalam bidang kesusasteraan memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap maksud kesusasteraan itu dahulu. Faham makna kesusasteraan bererti menguasai asas kepada pengkajian kesusasteraan.


Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.


Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.
Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan sastera.



Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah.
Sastera pula membawa maksud huruf atau buku.
Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.


Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan.


Sebelum itu, pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan.


Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi makna sebenar kesusasteraan yang ada pada masa kini. Ali Ahmad (1994) mengatakan Secara kasarnya sahaja definisi sedemikian dapat diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat masih diperlukan.
Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.


Ciri Kesusasteraan

Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai ciri-ciri tersendiri yang terdiri daripada lima aspek yang diperturunkan di bawah ini:


Lisan
Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan dalam bahasa Arab maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa kesusasteraan Melayu tradisional itu disampaikan secara lisan ataupun mediumnya adalah kata-kata ataupun pertuturan. Pada zaman tradisional pastilah wujud manusia-manusia yang berbakat besar dalam bidang kesusasteraan, yang mampu menghasilkan karya-karya prosa ataupun puisi. Pastilah juga dalam zaman tradisional yang bermula dengan animisme itu, tidak ada buku, pen, kertas dan sebagainya yang digunakan oleh sasterawan moden hari ini untuk menzahirkan karya mereka. Maka hanya cara tradisional sahajalah yang digunakan oleh 'sasterawan-sasterawan' zaman itu iaitu mengungkapkan karya mereka dengan cara percakapan atau penceritaan. Para sasterawan zaman tradisional, oleh kerana tidak mempunyai alat tulis menurunkan pula karya-karya mereka kepada anak cucu, saudara dan sahabat handai secara lisan agar ciptaan mereka itu tidak hilang begitu sahaja.
Tulisan 
Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah satu perubahan besar dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihan daripada lisan kepada tulisan. Satu perkara yang harus difahami dengan mendalam ialah kebolehan menulis lebih berpihak kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana. Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan. Dengan itu lahirlah karya-karya kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada untuk memenuhi kehendak golongan istana.


Kreatif
Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-karya prosa dan puisi naratif dan non naratif. Oleh itu novel, cerpen, sajak, drama, prosa tradisional dan puisi tradisional merupakan kesusasteraan kreatif.


Bukan kreatif
Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei, rencana dan sebagainya


Estetik
Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh seseorang penulis.

Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional

Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat dikelompokkan kepada dua kelompok utama iaitu:
1. Prosa Melayu Tradisional
2. Puisi Melayu Tradisional

Prosa Melayu Tradisional
Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada lisan atau tulisan
dikelompokkan sebagai prosa. Syarat utama ia boleh dikatakan sebagai kesusasteraan Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyampaian dalam karya-karya tersebut merangkumi seluruh nusantara.
Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
1. Naratif
2. Bukan naratif
Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua pecahan lagi iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre yang utama iaitu:
1. Mitos
2. Legenda
3. Cerita rakyat
* Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita teladan.

Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre iaitu:
1. Sastera sejarah
2. Sastera hikayat
3. Sastera sastera panji
4. Sastera kepahlawanan / epik
5. Sastera agama

Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :
1. Sastera undang-undang
2. Sastera kitab
3. Sastera ketatanegaraan
4. Kepustakaan ilmu tradisional
*Nota : penjelasan setiap genre prosa tradisional akan dibuat dalam tajuk penghayatan prosa tradisional.

Puisi Melayu Tradisional 

Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas di Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang cuba disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.

Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu:
1. Naratif
2. Bukan naratif

Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja.

Manakala yang bukan naratif ialah :
1. Pantun
2. Gurindam
3. Endoi
4. Rejang
5. Dikir/Zikir
6. Rubai
7. Nazam
8. Masnawi
9. Ghazal
10. Berzanji
11. Qit'ah
12. Seloka
13. Teromba
14. Talibun
15. Peribahasa berangkap
16. Mantera
*Nota : pengertian setiap genre akan diberikan apabila mengkaji genre tersebut.
  
                                                                                                                                     ====>kembali

Wednesday, April 13, 2011

TAJUK 4 : Pemilihan Bahan Internet Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

4.1   Memilih bahan sastera
  
        -  Pengenalan Kesusasteraan
        - Prosa Tradisional
        - Prosa Moden
      


4.2   Memilih bahan tatabahasa


       - Morfologi


         Bidang Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang  yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam bukuPengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
            Manakala  Abdullah Hassan  juga menyatakan definisi  morfologi dalambuku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi  satu cabang daripada ilmu linguistik  yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi  adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun  2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu  Leonard Bloomfield  dalam bukunyaLanguage yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.

       - Sintaksis
      

  • Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
  • Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
  • Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
  • Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
  • Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
  • Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN),  frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
  • Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.

Subjek AyatPredikat AyatFrasa SubjekFrasa PredikatRumus Pola Ayat
Ahmadmengulangkaji tatabahasaFrasa NamaFrasa KerjaFN + FN
Cikguke sekolahFrasa NamaFrasa Sendi NamaFN + FS
Fatimahamat rajinFrasa NamaFrasa AdjektifFN + FA
Ah Chongseorang usahawanFrasa NamaFrasa NamaFN + FN



Frasa
  • Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
  • Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
  • Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
  • Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.


Binaan Ayat
  • Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.
  • Perhatikan contoh di bawah:


SubjekSubjek
Bah. AyatUnsurBah. AyatUnsur
Ah Tianguru senaman
Tipahmembeli gula
Suara ketua pengawas ituserak-serak basah
Munainadymenoreh getah


  • Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.


Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
  • Perhatikan ayat berikut:

Pelajar itu membaca buku.


  • Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
  • Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
  • Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:

Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)


Pola Ayat Dasar
  • Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
  • Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
  • Lihat contoh berikut:
Subjek AyatPredikat AyatFrasa SubjekFrasa PredikatRumus Pola Ayat
Jamilahpengurus sumber manusiaFrasa NamaFrasa NamaFN+FN
Atanbudak pandaiFrasa NamaFrasa AdjektifFN+FA


  

4.3   Memilih bahan bidang ilmu lain

TAJUK 3 : Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

3.1  Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
       Garis panduan dan etika penggunaan internet

3.2  Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Powerpoint
  
Muka hadapan brosur


Muka belakang brosur

Powerpoint :


GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Friday, April 8, 2011

TAJUK 2 : Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

 2.1  Menggumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.


        - Enjin pencari yang sesuai digunakan untuk memuat turun bahan audio ialah :
        
                          4shared.com
                          Bunyi burung berkicauan
                          Bunyi kucing
  
       - Enjin pencari yang sesuai digunakan untuk memuat bahan video ialah :

                          youtube.com
                          Hikayat Sang Kancil dan Buaya
                          Gagak Yang Bijak
                          Lagu : Air Pasang Pagi


       - Enjin pencari yang sesuai digunakan untuk memuat turun bahan grafik ialah :


                         google.com.my/image
                         Grafik
                         Gambar buah-buahan tempatan


       - Enjin pencari yang sesuai digunakan untuk memuat turun bahan teks ialah :


                         scribd.com
                         Koleksi Teks Ucapan